Black Nikah 13 September Ini, Resepsi Keesokan Harinya - KUALA LUMPUR : Penyanyi Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah telah mengesahkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang dengan menikahi gadis pilihannya, Naquia Yasirah Mohd Khairi di Zebra Square, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada 13 September ini.
Manakala majlis resepsinya pula akan diadakan pada keesokan harinya (14 September) di lokasi yang sama bermula pada jam 8 malam.
Portal Murai mengucapkan tahniah kepada Black dan pasangannya. Selamat menjalani fasa baru dalam hidup mereka! – Murai